Hari ini saya nak buat entry bahasa MELAYU dan ROJAK plak, sebabnya kadang2 ade pemeriksa kertas bahasa ENGLISH 1119 yang berkunjung dan check grammar, vocab dan sebagainya. Maybe dulu kempunan nak jd cikgu kot.. tu yang smpai habis blog pon di check, x cukup lagi kot check kertas2 ujian pelajar.. relax ok... SPM hujung tahun nie, nanti apply jadi pemeriksa kertas ya!! :p
Hari nie saya bukan nak tulis pasal paper ENGLISH, tapi saya nak berbicara tentang OMBAK..
Masa saya di Pangkor, kami semua turun ke laut dengan excitednya.. Dan kebetulan hari tersebut ombak sangat besar.. apa lagi semua excited mengejar ombak.. dan semua mengharungi ombak.. xde sorang pun yang lari daripada ombak..
Apa yang saya perasan, bila datang ombak yang kecil semua hampa.. tp sebaliknya bila datang ombak yang besar.. Makin besar ombak, makin teruja semua mengejar dan mengharunginya... Begitu seronok sekali kami semua bermain dengan ombak.. Sampai lewat petang pun tak terasa masa berlalu... Kerana terlalu excited la katakn...
Ombak ini jika dilihat secara analogi nya membawa byk maksud... Ombak blh dikaitan dgn cabaran atau dugaan... Tp masalahnya ramai di kalangan kita bila berhadapan dgn cabaran kita mudah untuk mengalah..
Makin besar cabaran makin 'down' kita menghadainya... Apa kata kita byg kan cabaran tu macam ombak, bila makin besar lagi seronok bila kita rempuh.. Rasa puas bila kita dapat mengatasi ombak...
Ya betul saya dahulu pun selalu lari dan mengelak drpd cabaran... Tp berkat pengalaman dan pengajaran yg di peroleh drpd One Community Worldwide, saya belajar untuk mengharungi dan mengatasi cabaran.,,
Ada kalanya saya menang dan ada kalanya saya kalah dgn cabaran tersebut... Kerana saya juga merupakan manusia biasa... Tapi bezanya pengajaran di One Community Worldwide, bila kita tewas dgn cabaran jangan cepat melatah... Jangan cepat menyalahkan org lain.. Cube untuk muhasabah diri dan lihat di mana silapnya.. Dan alhamdulillah... Bila kita belajar daripada kesilapan kita, kita akan menjadi manusia yang lebih baik... Dan pastinya, bila cabaran itu datang sekali lagi insyaallah kita akan berjaya untuk mengharungi nya...
Terima Kasih ONE COMMUNITY WORLDWIDE
P/S: x sabar nak ke CLUbMED pula!!!!
























